top of page
  • Wartawan Nabalu News

PEMINAT ARGENTINA DI SABAH RAIKAN KEJUARAAN ARGENTINA DALAM COPA AMERICA 2021



11 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Para penyokong dan peminat tegar pasukan bola sepak Argentina meraikan kejuaraan pasukan kegemaran mereka yang memenangi kejohanan tersebut pagi tadi.


Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana.


Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria menjaringkan gol kemenangan yang amat berharga pada minit ke-22.


Susulan kemenangan tersebut, ramai peminat bola sepak di negara ini khususnya di Sabah turut mengucapkan tahniah kepada pasukan tersebut dan menyatakan kegembiraan mereka menerusi media sosial.


Peter Jr. Naintin dalam perkongsian melalui laman Facebooknya merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan itu: “Tahniah Argentina atas kemenangan dalam Kejuaraan Copa America 2021 setelah 28 tahun penantian dengan Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak”.


Gidong Linog: "Yesss Argentina juara kihoiii... Messi Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak”.


Felix Joseph Saang turut merakamkan ucapan tahniah atas kejuaraan Argentina: “Tahniah Argentina! Juara Copa America 2021! Hadiah terbaik buat arwah Diego Maradonna. Syabas Lionel Messi, anda sememangnya layak untuk merangkul trofi tersebut. Ia memerlukan bekas pemain Man United untuk menjaringkan gol kemenangan. Selamat berhujung minggu semua”.


Mereka juga turut merakamkan ucapan tahniah khusus kepada Messi yang berjaya merangkul trofi antarabangsa pertamanya.


Ebell berkata: “Saya gembira buat Messi. Akhirnya, beliau memenangi kejuaraan tersebut. Seorang lagenda”.


"Tahniah idol. Copa America 2021 Winner. Best Player. Top Scorer. Argentina team," kata Nick Lee Kesimin.


Argentina akhirnya berjaya merangkul trofi utama sejak 1993 sekali gus menamatkan penantian panjang tanpa trofi selama 28 tahun.


Ia juga menjadi trofi antarabangsa pertama buat kapten pasukan, Messi.


Messi turut dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak Copa America tahun ini.

bottom of page