Pemuda UPKO sokong penuh ketegasan Presiden UPKO tuntut hak dan kepentingan Sabah khususnya dalam isu 40 peratus hasil Sabah

24 Ogos 2024
PENAMPANG: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia Felix Joseph Saang berkata Pemuda UPKO menyokong penuh ketegasan, kelantangan dan keberanian YB Datuk Presiden UPKO dalam menuntut hak-hak dan kepentingan-kepentingan Wilayah Sabah terutama sekali dalam isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan.
"Antara agenda utama penubuhan parti adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan wilayah Sabah, seperti yang termaktub dalam asas penubuhan negara tercinta kita Malaysia," katanya di Mesyuarat Exco Pemuda UPKO Pusat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat UPKO di sini petang kelmarin.
Sehubungan itu katanya Pemuda UPKO menghargai dan menyambut baik segala usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan isu tuntutan Sabah.
"Kita berharap agar ianya dapat diselesaikan dan dilaksanakan sepenuhnya," katanya.
Felix berkata Pemuda UPKO berdiri teguh di belakang YB Datuk Presiden untuk memastikan tuntutan Sabah menjadi realiti.
"Perjuangan ini merupakan perjuangan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira fahaman dan ideologi politik," katanya.
תגובות