top of page

Pendaftaran tuntutan bayaran balik tunai bot penumpang dibuka 9 Oktober

  • nabalunews
  • Oct 3, 2025
  • 2 min read

3 Oktober 2025


CYBERJAYA: Pendaftaran bagi tuntutan bayaran balik tunai syarikat bot penumpang yang layak menerima subsidi petrol RON95 akan dibuka mulai 9 Oktober ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my bagi tuntutan pembelian petrol RON95 untuk tempoh 30 September hingga 31 Oktober 2025.


“Kerajaan telah bersetuju memasukkan syarikat bot penumpang dalam senarai sektor pengangkutan awam yang layak menerima subsidi petrol RON95 di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bermula 9 Oktober.


“Kelayakan ini diberikan kepada bot penumpang di seluruh negara yang beroperasi di kawasan-kawasan yang menggunakan sebagai mod pengangkutan utama seperti di kawasan pulau atau sungai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Armizan berkata, kelayakan manfaat kepada bot penumpang di bawah SKPS tertakluk kepada syarat ditetapkan, antaranya bot penumpang terbabit mestilah beroperasi di kawasan berpenduduk serta menyediakan perkhidmatan berjadual seperti laluan Kudat–Pulau Banggi.


Selain itu, ujarnya, hanya syarikat bot penumpang awam yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah atau Lembaga Sungai-Sungai Sarawak layak mengemukakan tuntutan.


Sehubungan itu, pengusaha bot penumpang dinasihati untuk merujuk segera dengan agensi berkaitan yang disenaraikan.


“Semakan status pendaftaran ini adalah penting sebagai syarat tuntutan balik, dan syarikat yang belum berdaftar perlu segera membuat permohohan pendaftaran bagi menerima manfaat yang disediakan kerajaan.


“Pengusaha perlu memuat naik dokumen sokongan seperti sijil pendaftaran perniagaan, penyata bank, bilangan bot, nombor pendaftaran bot dan kapasiti enjin, selain mengemukakan resit pembelian petrol yang sah,” jelasnya.


Menurut Armizan, semua tuntutan lengkap akan disemak oleh agensi kawal selia pengangkutan air berkaitan serta pentadbir SKPS, sebelum bayaran balik dikreditkan terus ke akaun bank syarikat.


“Pembayaran balik tunai akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas proses semakan selesai,” katanya.

 
 
 

33 Comments


Creativa
Aug 25
مقال إخباري مفيد يوضح تفاصيل فتح باب التسجيل للمطالبة باسترداد قيمة مدفوعات مرتبطة بخدمة نقل الركاب، وأعجبتني الطريقة التي تعرض بها المقالة المعلومات الإجرائية والموعد المحدد للتقديم بشكل واضح. توضيح خطوات المطالبات والمواعيد يساعد المستفيدين على فهم الإجراءات والاستفادة من حقوقهم بطريقة أكثر تنظيمًا. كما أن نظام نور التعليمي للطلاب والطالبات يوضح أهمية تنظيم المعلومات وتسهيل الوصول إلى الخدمات التعليمية عبر المنصات الرقمية.

Like

Creativa
Aug 25
مقال إخباري مفيد يسلط الضوء على فتح باب التسجيل لتقديم مطالبات استرداد المبالغ الخاصة بركاب القوارب، وأعجبتني الطريقة التي توضح بها المقالة أهمية معرفة المواعيد والإجراءات المطلوبة حتى يتمكن المستفيدون من تقديم طلباتهم بصورة صحيحة. نشر مثل هذه المعلومات يساعد الناس على متابعة حقوقهم والخدمات المتاحة لهم. كما أن درجات الطلاب نظام نور تساعد الطلاب وأولياء الأمور على متابعة الأداء الدراسي والوصول إلى البيانات التعليمية بطريقة منظمة.

Like

Creativa
Aug 24
مقال مفيد يسلط الضوء على فتح باب التسجيل لتقديم مطالبات استرداد المدفوعات الخاصة بخدمة قوارب الركاب، وأعجبتني الطريقة التي توضح بها المقالة إجراءات المطالبة والمعلومات المهمة التي يحتاجها المستفيدون. توضيح الخطوات والمتطلبات يساعد على جعل الخدمات الإدارية أكثر سهولة ووضوحًا للجمهور. كما أن نظام نور تسجيل الطلاب يوضح أهمية تنظيم البيانات والإجراءات عبر المنصات الرقمية.

Like

Creativa
Aug 24
مقال إخباري مفيد يسلط الضوء على فتح التسجيل لتقديم مطالبات استرداد المدفوعات الخاصة بركاب القوارب، وأعجبتني أهمية نشر هذه المعلومات بوضوح لمساعدة الأشخاص المعنيين على معرفة المواعيد والإجراءات المطلوبة. توفير التفاصيل الدقيقة يساعد الجمهور على متابعة الخدمات والاستفادة منها في الوقت المناسب. كما أن منصة نظام نور توضح أهمية تنظيم المعلومات والخدمات الرقمية وتسهيل الوصول إليها.

Like

Creativa
Aug 23
مقال مفيد يوضح تفاصيل فتح التسجيل لتقديم طلبات استرداد المبالغ الخاصة بركاب القوارب، وأعجبتني أهمية نشر المعلومات بوضوح حتى يتمكن المستفيدون من معرفة الإجراءات والمواعيد المطلوبة. تنظيم الخدمات والإعلانات يساعد الناس على الوصول إلى حقوقهم ومتابعة الطلبات بسهولة. كما أن بوابة نظام نور تعكس أهمية المنصات الرقمية في تنظيم الخدمات والمعلومات.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page