PENDEDAHAN TAN SRI ABDUL HAMID BADOR SANGAT SERIUS, MESTI DISIASAT, RAKYAT BERHAK MENGHAKIMIPENDEDAHAN TAN SRI ABDUL HAMID BADOR SANGAT SERIUS, MESTI DISIASAT, RAKYAT BERHAK MENGHAKIMI
top of page
  • nabalunews

PENDEDAHAN TAN SRI ABDUL HAMID BADOR SANGAT SERIUS, MESTI DISIASAT, RAKYAT BERHAK MENGHAKIMI


Ewon Benedick dan Phoong Jin Zhe ditemui wartawan setelah melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis.

5 Mei 2021


1. Pendedahan yang dibuat oleh Tan Sri Hamid Bador semasa hari-hari terakhir menjadi Ketua Polis Negara (KPN) berkenaan dengan rasuah politik dan campur tangan menteri dalam penyusunan pasukan polis amat serius.


2. Berkenaan dengan rasuah politik, beliau dalam sidang media jelas menyatakan bahawa orang politik "naik private jet daripada sini, mana datang duit, pergi Sabah, tiba-tiba dah seorang mengaku nak lompat".



3. Berkenaan dengan campur tangan dalam pentadbiran polis, beliau dengan jelas menyatakan, "apabila berlaku perubahan kerajaan dan beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, sejak awal lagi di mesyuarat pertama Suruhanjaya Pasukan Polis ni, beliau mendesak untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan siapa yang boleh ditempatkan di sana, di sini, situ".


4. Kami berpendapat kedua-dua pendedahan besar ini merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.


5. Pendedahan tersebut sangat serius dan mesti disiasat oleh autoriti termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


6. Rakyat berhak menghakimi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berdasarkan pendedahan tersebut.



7. Rakyat juga berhak mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada PDRM, iaitu untuk memastikan keselamatan dalam negara terpelihara dan penguatkuasaan undang-undang yang adil, bukannya perkhidmatan untuk tujuan politik parti pemerintah.


8. Justeru, kami bersama-sama dengan rakyat jelata, khususnya di kawasan yang kami wakili menuntut penyiasatan penuh ke atas pendedahan Tan Sri Abdul Hamid Bador ini dan menuntut kebenaran daripada kerajaan hari ini. Kami berdua telah membuat laporan polis pada hari ini untuk tujuan tersebut.


9. Kami masih yakin Malaysia boleh ditadbir dengan lebih baik, tetapi bukan dengan cara kepimpinan sepertimana didedahkan oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador.


10. Harapan urustadbir yang lebih baik tetap ada, tetapi bukan pada kepimpinan negara yang ada sekarang. Harapan itu terletak pada kepimpinan alternatif baharu, oleh generasi yang baharu.



Dikeluarkan Bersama Oleh;


EWON BENEDICK

ADUN Kadamaian

Naib Presiden UPKO


PHOONG JIN ZHE

ADUN Luyang

Ketua Pemuda DAP Sabah

bottom of page