top of page

Penduduk pertikai kualiti kerja baikpulih tebing jambatan Kg. Tambulaung, Kadamaian

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 11, 2022
  • 1 min read

Updated: Jan 12, 2022


ree

11 Januari 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Penduduk khususnya pengguna jambatan Kg Tambulaung - Podos meluahkan rasa tidak puashati mereka dengan kualiti kerja baikpulih tebing jambatan tersebut. Pusat Khidmat ADUN Kadamaian turut menerima aduan daripada para penduduk tersebut. Setiausaha Politik kepada ADUN Kadamaian, Carlye Lajimin dalam ciapan di twittter turut mengongsikan gambar-gambar hasil kerja yang dibuat oleh kontraktor yang telah dilantik melaksanakan kerja-kerja baikpulih tersebut.

ree

Menurut beliau, gambar-gambar tersebut juga tular dalam perbincangan whatsapp di Kadamaian dan menjadi bahan kemarahan para penduduk. Dalam gambar-gambar yang dikongsikan tersebut, jelas sekali hasil kerja 'bagai melepas batuk di tangga' dan disifatkan 'cincai' oleh penduduk Kadamaian.

ree

Ciapan Twitter juga turut dikongsikan kepada Twitter Datuk Bung Moktar Radin selaku Menteri Kerja Raya yang bertanggungjawab ke atas jambatan di bawah selenggaraan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Datuk Jeffrey Kitingan, Menteri Pertanian dan Industri Makanan selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menjaga tebing sungai. Carlye yang juga Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud menggesa agar pihak JKR dan JPS dapat mengambil tindakan bagi memperbetulkan kerja-kerja yang telah dibuat oleh kontraktor tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page