Pengembara remaja bawah 17 tahun, tidak perlu kuarantin mulai 1 April
top of page
  • Farah Salim

Pengembara remaja bawah 17 tahun, tidak perlu kuarantin mulai 1 April



9 Mac 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pengembara kanak-kanak dan remaja berumur 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin selepas tiba di Malaysia bermula 1 April ini.


Beliau berkata, mereka hanya perlu menjalani ujian Covid-19 RTK Antigen dalam tempoh 24 jam selepas sampai di negara ini.


Katanya bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau langsung tidak menerima vaksinasi, mereka mesti menjalani kuarantin selama lima hari selepas ketibaan di Malaysia dan selepas itu mesti mematuhi syarat yang ditetapkan.


"Selepas kuarantin mereka (tidak menerima vaksinasi lengkap) mesti mengikuti syarat yang ditetapkan oleh Malaysia, contohnya tidak boleh dine in di restoran," katanya pada sidang akhbar, hari ini.


Khairy berkata bagi pengembaa yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, individu berkenaan mestilah memuat naik bukti pengecualian atau surat daripada pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera.


Ketika ditanya sama ada Fasa Peralihan Endemik akan ditarik semula jika sistem kesihatan negara lumpuh apabila berlaku peningkatan kes ekoran kelonggaran yang berikan dalam fasa berkenaan, beliau berkata, kerajaan yakin peralihan Endemik adalah bersifat sehala.


Bagaimanapun katanya, KKM bersedia melihat sebarang kemungkinan termasuk meneliti kelonggaran yang diberikan.


“Salah satu perkara yang saya sudah menasihati Jemaah Menteri adalah sekiranya muncul varian baharu, yang lebih ganas daripada Omicron. Bukan saja Malaysia, tetapi negara lain pun mesti kaji semula protokol pembukaan mereka.


“Berdasarkan maklumat dan data yang ada, kerajaan yakin peralihan endemik ini adalah bersifat sehala, namun kementerian tidak boleh menolak kemungkinan muncul varian baharu atau perubahan dari segi sifat virus ini.


“Jadi, contoh jika kita sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan syorkan kepada kerajaan langkah-langkah tertentu,” katanya.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasa peralihan endemik negara mulai 1 April ini, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas di semua peringkat.


Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page