top of page

Penguatkuasaan pas sosial pelawat asing diperketat

  • nabalunews
  • 41 minutes ago
  • 1 min read

30 Januari 2026


PUTRAJAYA: Penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan pas sosial oleh pelawat asing yang bekerja secara tidak sah di negara ini akan diperketat.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan operasi penguatkuasaan terhadap pelancong asing bagi membendung pelanggaran syarat kemasukan.

“Perdana Menteri telah meminta supaya tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing, khususnya pelawat yang menyalahgunakan pas sosial atau kelonggaran pemberian visa untuk tujuan bekerja, diambil tindakan tegas,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet hari ini selaku Jurucakap Kerajaan Perpaduan.


Menurut Fahmi, mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri turut diberikan taklimat terkini mengenai tindakan penguatkuasaan dan tangkapan operasi membabitkan kesalahan penyalahgunaan pas lawatan sosial.


Ujarnya, berdasarkan maklumat dikongsikan KDN, seramai 54,791 individu diperiksa dan diambil tindakan dalam operasi penguatkuasaan berkenaan.


“Pada tahun 2025 sahaja, jumlahnya ialah 51,100 orang manakala bagi Januari 2026 melibatkan 3,691 orang.


“Terdapat pecahan lebih terperinci melibatkan warga asing mengikut negara asal namun maklumat lanjut boleh dirujuk terus kepada KDN,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page