• Wartawan Nabalu News

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dipecat



21 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


MANCHESTER: Pengurus pasukan Machester United, Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat hari ini selepas melakar beberapa siri kekalahan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).


United merekodkan lima kekalahan dari tujuh perlawanan liga sebelum ini di bawah Solskjaer termasuklah kekalahan 1-4 kepada Watford dalam perlawanan semalam yang menyaksikan pasukan The Red Devils jatuh ke tangga ketujuh liga.


Pemecatan Solskjaer itu diumumkan oleh kelab itu menerusi satu kenyataan media hari ini dan berkata Michael Carrick akan menggalas tugas sebagai pengurus interim sehinggalah pengurus United yang baru dilantik.


“Solskjaer tetap akan dikenang sebagai legenda di kelab ini dan kami kesal bahawa keputusan ini terpaksa diambil.


“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Solskjaer atas segala usaha keras beliau sepanjang menjadi pengurus kelab dan kami doakan yang terbaik untuk masa depannya,” menurut kenyataan itu.


Sebelum ini, United dimalukan di laman sendiri oleh musuh tradisi Liverpool dengan kekalahan 0-5 dan turut tewas di tangan Manchester City 0-2.