top of page

Penyu terdampar di pantai diselamatkan APM Labuan

  • nabalunews
  • Oct 18, 2024
  • 1 min read

18 Oktober 2024


LABUAN: Seekor penyu agar yang ditemui terdampar di pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), berjaya diselamatkan dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan, di sini, hari ini.


Penyu terbabit ditemui orang awam sebelum cuba dibantu untuk dilepaskan semula ke laut.


Berdasarkan perkongsian APM Labuan di Facebook, hidupan marin yang diancam kepupusan itu didapati mengalami kecederaan dan sukar ditarik, sebelum khidmat APM dan Jabatan Perikanan dipanggil.


APM bersama anggota Jabatan Perikanan kemudian tiba di lokasi dan setelah pemeriksaan dilakukan, penyu terbabit akhirnya dapat dilepaskan semula ke laut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page