top of page

Peperiksaan gantian STPM pelajar dijangkiti Omicron pada 11-14 April

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 24, 2022
  • 1 min read

ree

24 Mac 2022 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan peperiksaan gantian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi pelajar yang dijangkiti varian Omicron diadakan pada April ini. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, peperiksaan STPM gantian akan diadakan bermula 11 April hingga 14 April 2022. “Tarikh gantian tersebut khusus bagi para pelajar semester 1 STPM 2022 dan calon Ulangan 1 STPM 2021 yang terkesan akibat COVID-19,” katanya. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dalam Sidang Parlimen baru-baru ini. Sebelum ini, pertanyaan mengenai perkara tersebut dibangkitkan oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) itu semasa sesi Perbahasan dan Penggulungan Titah DiRaja di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page