top of page

Perancangan pembangunan negara perlu pendekatan lebih inovatif, dinamik – PM

  • nabalunews
  • Apr 10
  • 1 min read

10 April 2026


KUALA LUMPUR: Perancangan pembangunan negara perlu beralih kepada pendekatan yang lebih inovatif dan dinamik tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam suasana geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar, pendekatan lama tidak lagi memadai untuk memastikan daya tahan dan kemampanan negara.


Katanya, perkara itu ditekankan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 semalam, yang turut menyentuh perkembangan mutakhir berkaitan konflik di Asia Barat.


“Mesyuarat ini telah meneliti pelbagai aspek perancangan fizikal negara dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang dan mampan.


“Ia termasuk usaha memperkasa ekonomi tempatan serta memastikan penggunaan tanah yang lebih optimum dan berimpak tinggi,” katanya menerusi laman media sosial rasmi beliau.


Jelas Perdana Menteri, pembangunan fizikal negara perlu berteraskan kesejahteraan rakyat, selain mempunyai perancangan tersusun dan pelaksanaan yang jauh lebih berkesan.


Beliau menegaskan Kerajaan Madani kekal komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti, sistem mobiliti lebih cekap serta pembangunan persekitaran bandar yang selesa dan lestari.


“Insya-Allah, kita akan terus memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page