top of page

Perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog YB Datuk Donald Peter Mojuntin

  • nabalunews
  • Dec 15, 2025
  • 2 min read



Tuan Yang di-Pertua,


Terima kasih atas peluang ini.


Dalam kesempatan ini, saya amat berterima kasih kepada rakyat kawasan Moyog atas kepercayaan dan mandat yang dipertanggungjawab kepada saya sebagai wakil rakyat Moyog dan Ahli Dewan yang mulia ini.


Tahniah juga diucapkan kepada YB Sulaman kerana kejayaan untuk membentukkan kerajaan Sabah yang stabil dan YB Karanaan atas pembentangan bajet yang berjiwa rakyat.


Tuan Speaker,


Saya bangkit hari ini untuk menyentuh dua isu yang amat besar implikasinya kepada kedaulatan ekonomi, hak perlembagaan dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan.


Yang pertama adalah persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah ke dalam Lembaga Pengarah PETRONAS, yang sehingga hari ini masih belum dilaksanakan.


Tuan Yang di-Pertua,


PETRONAS bukan syarikat biasa.


PETRONAS adalah:

•pemegang amanah tunggal petroleum negara;


•entiti yang mengurus sumber minyak dan gas yang terletak di luar pesisir dan di wilayah Sabah; dan


•instrumen fiskal paling berkuasa dalam Persekutuan Malaysia. Sabah pula bukan wilayah biasa.


Sabah adalah rakan pengasas Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan sumber petroleum di wilayah Sabah merupakan aset strategik wilayah dan negara.


Namun hakikatnya,


Tuan Yang di-Pertua,


Sabah langsung tidak diwakili dalam Lembaga Pengarah PETRONAS, walaupun hasil petroleum dari wilayah Sabah menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara.


Ini adalah ketidakseimbangan struktur kuasa yang nyata.


Tuan Yang di-Pertua,


Saya ingin merekodkan secara jelas di Dewan yang mulia ini bahawa:


• Kerajaan Persekutuan telah bersetuju secara prinsip untuk melantik wakil Kerajaan Sabah ke dalam Lembaga Pengarah PETRONAS



• Persetujuan ini telah dibincangkan dan dipersetujui dalam rangka rundingan MA63 termasuk melalui:


•Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian

Malaysia 1963 (MKMA63); dan


• keputusan Jemaah Menteri Persekutua


• Persetujuan tersebut dicapai sekitar tahun 2021, hasil tekanan dan rundingan berterusan oleh:


• Kerajaan Sabah;

• Kerajaan Sarawak; dan

•pimpinan Sabah & Sarawak yang konsisten membawa isu ini sebagai tuntutan struktur, bukan permintaan politik.


Tuan Yang di-Pertua,


Ini bukan rahsia.


Perkara ini telah diumumkan secara terbuka sebagai sebahagian daripada agenda pelaksanaan MA63.


Persekutuan memilih untuk merayu- dan mengelak tanggungjawab.


Cukuplah.


Sabah tidak meminta sedekah.


Sabah menuntut hak perlembagaannya.


Rayuan Persekutuan tidak boleh dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan keadilan.


"Lost years" bukan angka politik - ia liabiliti perlembagaan.


Maka Dewan ini mesti berdiri teguh:


•mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi; dan


•memastikan Sabah lengkap dengan pasukan setaraf untuk mempertahankan haknya.


Tuan Yang di-Pertua,


Sebagai wakil-wakil rakyat yang mewakili kawasan masing-masing dan mewakili Sabah, setiap keputusan, setiap tindakan, setiap langkah kita...


semestilah mengutamakan Sabah

semestilah Sabah First,

semestilah Rumah Kita, Kita Jaga,

semestilah Justice for Sabah,

semestilah Selamatkan Sabah.


Tuan Speaker.


Saya mohon menyokong.


Sekian, terima kasih.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page