Menteri Luar Singapura bertemu Perdana Menteri
top of page
  • Farah Salim

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura


18 Januari 2023

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR - Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.


Anwar menerusi menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau, berkata pelbagai isu telah dibincangkan melalui pertemuan beliau dan Balakrishnan.


Ini termasuk pelbagai isu dua hala serta serantau yang menjadi kepentingan bersama.

"Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif," katanya.


Balakrishnan berada di Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari mulai Ahad hingga Rabu ini.


Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Balakrishnan di Istana Negara.


Pada hari sama, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kedua-dua pemimpin memperakui hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Singapura.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page