Perdana Menteri ucap tahniah calon cemerlang SPM 2025
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

31 Mac 2026
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan hari ini.
Menerusi hantaran di X, Anwar berharap mereka dapat terus melangkah dengan tekad dan keyakinan untuk melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembinaan negara yang berteraskan ilmu, nilai dan keinsanan.
“Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa kerana perjalanan ini masih panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka buat mereka yang terus berusaha tanpa kenal lelah,” katanya.
Beliau berkata, sistem pendidikan negara sentiasa tersedia bagi menyokong setiap langkah pelajar dalam mengejar kejayaan.
“Masa depan tidak ditentukan oleh satu keputusan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus melangkah dan berjaya,” katanya.
Pagi tadi, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad mengumumkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi keputusan SPM 2025 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun apabila merekodkan skor 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.
Azam memaklumkan seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, dibandingkan dengan 13,827 calon pada 2024.
Sementara itu, bilangan calon yang memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 376 orang, berbanding 352 orang pada 2024.















Comments