Perlantikan Anna Belle penting dalam kesaksamaan gender dalam kepimpinan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Perlantikan Anna Belle penting dalam kesaksamaan gender dalam kepimpinan


9 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengelibatan golongan wanita dalam bidang kepimpinan khususnya diperingkat pembuat dasar antara indikator yang sangat penting dalam memastikan agenda negara bagi mewujudkan kesaksamaan gender tercapai.


Viola Dompok selaku Ketua Wanita PGRS N. 26 Moyog merangkap Ketua Penyelaras GRS P. 174 Penampang berkata, semasa mengulas pelantikan Anna Belle Perian sebagai Ahli Dewan Negara yang berkuatkuasa pada 5 Mac 2024.


Menurutnya nya pelantikan tersebut adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan Madani mencapai sasaran 30 peratus ahli dewan rakyat dan negara dari kalangan kaum wanita.


“Walaupun, pada ketika ini jumlah ahli parlimen wanita belum sampai ke tahap 30 peratus, tetapi dengan kesungguhan dan iltizam YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor kita boleh meneruskan usaha tersebut di dewan negara,” katanya.


Beliau turut menyifatkan keputusan melantik Anna Belle ini menunjukkan keseriusan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menjayakan agenda kewanitaan sekaligus menambah lagi kepaduan suara wanita khususnya dari negeri Sabah di dewan tertinggi negara itu.


"Saya ucapkan tahniah kepada Senator Anna Belle, selamat menjalankan tugas mengangkat mesej rakyat. Tahniah juga kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Hj Noor serta kerajaan negeri atas keputusan yang tepat ini," katanya.


Sebagai rekod, seramai 3 pemimpin wanita Sabah telah dilantik sebagai ahli dewan negara sejak kepimpinan Hajiji dan GRS menerajui kerajaan negeri Sabah. Komitmen adalah isyarat yang jelas daripada kerajaan negeri untuk memperkasa wanita khususnya dalam menghadapi isu kesakmaan gender melalui bidang siasah.


Turut bersama dengan Anna Belle semasa mengangkat sumpah sebagai ahli dewan negara ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Bobbey Ah Fang Suan dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak, Pele Peter Tinggom.

bottom of page