Permohonan Syed Saddiq pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskanPermohonan Syed Saddiq pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskan
top of page
  • Farah Salim

Permohonan Syed Saddiq pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi diluluskan


25 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memindahkan empat kes dihadapinya berkaitan pecah amanah, salah guna wang sumbangan dan pengubahan wang haram ke Mahkamah Tinggi.


Menurut laporan Berita Harian, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan hari ini membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk pemindahan itu.


Katanya, kemungkinan terdapat persoalan undang-undang yang luar biasa yang akan timbul semasa perbicaraan itu kelak.


“Adalah suai manfaat untuk pengakhiran keadilan bagi kes pemohon dibicarakan di Mahkamah Tinggi,” katanya selepas mendengar hujah peguam Gobind Singh Deo dan timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.


Syed Saddiq yang didakwa di mahkamah sesten di Kuala Lumpur dan Johor Bahru mahu kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas alasan isu perlembagaan akan dibangkitkan semasa perbicaraannya.


Bekas ketua pemuda Bersatu itu didakwa menyeleweng sejumlah RM1.12 juta milik parti itu.


Daripada jumlah itu, RM120,000 dikatakan dana parti untuk pilihan raya umum 2018, manakala RM1 juta didakwa dikeluarkan oleh beliau tanpa persetujuan pucuk pimpinan.


Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Mura mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram masing-masing berjumlah RM50,000 di mahkamah sesyen Johor Bahru.


Sementara itu, peguam bersama Haijan Omar berkata kes Syed Saddiq di hadapan mahkamah rendah akan disebut pada 30 Nov.


Beliau berkata pihak pembelaan akan memaklumkan kepada hakim mahkamah sesyen mengenai perintah pemindahan Mahkamah Tinggi.

bottom of page