Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah terus komited bantu golongan memerlukan
- nabalunews
- Oct 7, 2024
- 1 min read

7 Oktober 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) yang kini memasuki 10 tahun usia penubuhannya, berhasrat untuk terus membantu masyarakat dan wanita yang memerlukan kata Pengerusi PERTIWISA, Arijah Ahmad
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).
Sabtu lalu, PERTIWISA menganjurkan Program Bicara Ilmu di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan dengan kerjasama JHEWA.
Turut berlangsung penyampaian sumbangan kepada 30 ibu tunggal dan orang kurang upaya sekitar Sandakan serta sebuah Madrasah dari Tawau dan Masjid di Batu 10, Sandakan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JHEWA Sabah, Noorfaridah Othman, Penceramah iaitu Peguam Syari'e, Noor Azah A.Rahman dari JHEWA dan Mohamad Sufan Bahrin dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Sandakan.
Arijah turut merakamkan penghargaan kepada JHEWA atas sumbangan diberikan dan menjayakan Bicara Ilmu itu di Sandakan.
Beliau juga berharap bantuan yang diberikan juga sedikit sebanyak dapat membantu penerima yang disantuni pada majlis itu.
Comentarios