Peruntukan adil perlu diberi kepada semua ahli parlimen – AnwarPeruntukan adil perlu diberi kepada semua ahli parlimen – Anwar
top of page
  • Farah Salim

Peruntukan adil perlu diberi kepada semua ahli parlimen – Anwar


25 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan yang adil perlu diagihkan secara sama rata kepada semua ahli parlimen walaupun mereka tidak terikat dengan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan.


“MoU dengan kerajaan sebelum ini menyatakan akan mempertahankan hak dan tanggungjawab PH untuk fungsi semak imbang dalam mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab pada Parlimen.


“Saya selaku ketua pembangkang secara konsisten dari awal memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua pembangkang, walaupun tidak terikat dengan MOU ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika memohon peruntukan sama rata itu.


Namun, Wan Junaidi berkata hanya Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai MOU dengan kerajaan sahaja yang akan diberikan peruntukan sama rata.


Manakala mereka yang tidak menyertai MOU akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa MOU Transformasi dan Kestabilan Politik akan datang untuk dibincangkan.


Sementara itu, Anwar juga memohon agar pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 diluluskan dalam sesi di Dewan Rakyat.


Beliau juga menekankan bahawa masalah teknikal yang mengekang pelaksanaan Undi 18 tidak boleh dilengahkan dan perlu diluluskan segera.

bottom of page