top of page

Peruntukan khas RM300,000 bina semula titi roboh di Pulau Gaya

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

24 April 2026


PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan khas RM300,000 bagi pembinaan semula titi di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah.


Pembinaan semula itu bagi menggantikan fasiliti sebelum ini yang roboh pada 22 Mac lalu yang mengakibatkan beberapa penduduk terjatuh ke laut ketika aktiviti ziarah Aidilfitri.


Menurut Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai langkah segera memastikan keselamatan penduduk kawasan itu terus terjamin.


“Kelulusan segera ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan aspek keselamatan awam terus diberi keutamaan.


“Peruntukan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi membina semula titian pejalan kaki yang lebih kukuh dan selamat bagi menggantikan struktur lama yang telah uzur serta berisiko kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambah kenyataan itu, pelaksanaan projek akan dipantau oleh ICU JPM Negeri Sabah bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh segera demi kemudahan serta kesejahteraan penduduk di kawasan terbabit.


Inisiatif berkenaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan nilai ihsan dan kesejahteraan, di samping memperkukuh pembangunan infrastruktur inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page