top of page
nabalunews

Perwakilan Diplomatik Diharap Terus Harumkan Nama Malaysia - Ahmad Zahid

31 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berharap agar semua Ketua Perwakilan Diplomatik yang bakal bertugas di luar negara dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta komitmen yang tinggi.


Menurut beliau, usaha ini amat penting untuk memastikan nama Malaysia terus diangkat dan dihormati di persada antarabangsa, selain memperkukuh hubungan diplomatik dan membina imej positif negara di mata dunia.


“Saya telah menerima kunjungan hormat daripada dua Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang akan memulakan tugas mereka di luar negara pada penghujung bulan ini iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin dan Duta Besar Malaysia ke Algeria Rizany Irwan Muhamad Mazlan.


“Kami sempat bertukar-tukar pandangan mengenai ruang kerjasama yang boleh diteroka bagi memperkukuh hubungan dua hala terutamanya dalam sektor pelancongan, pendidikan dan industri halal,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.


Ahmad Zahid yakin dengan pengalaman luas kedua-dua Ketua Perwakilan Diplomatik itu, ia akan mewujudkan potensi pelaburan yang mampu dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.


Dalam pertemuan singkat itu, beliau turut mendoakan urusan Shazelina dan Rizany Irwan dipermudah dan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing berjalan lancar.

Comments


bottom of page