top of page
nabalunews

Pesara kerajaan minta dan terima rasuah RM16,000 ditangkap SPRM Sabah

15 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pesara kerajaan yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM16,000 untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah di daerah Tawau.


Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir memberikan keterangan di SPRM cawangan Tawau.


“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah meminta dan menerima rasuah untuk mempercepatkan proses pindah milik tanah seluas 12 ekar yang terletak di daerah Tawau,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.


Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau esok bagi proses pertuduhan.

Comments


bottom of page