top of page

Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak Covid-19 yang pertama di Malaysia

Writer's picture: Ilona AndrewIlona Andrew

8 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer selepas sekurang-kurangnya enam bulan dos kedua diberikan kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan bersyarat itu diputuskan semasa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-365 yang telah bersidang pada hari ini.


"Mesyuarat memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin Pfizer iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (Comirnaty) keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany.


"Vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun 2021," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Ini merupakan vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini, tambahnya.


Menurut Noor Hisham, kelulusan pendaftaran bersyarat in memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.


Jelasnya, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin tersebut kekal positif.


"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan ole Bahagian Regulator Farmasi Negara (NPRA)."

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page