PH beri komitmen penuh luluskan RUU Pindaan Perlembagaan (Anti Lompat Parti)
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PH beri komitmen penuh luluskan RUU Pindaan Perlembagaan (Anti Lompat Parti)


Pemimpin PH bergambar bersama Ismail (tengah), Anwar (dua kiri), Mohamad (kiri), Anthony (dua kanan) dan Madius (kanan).

Oleh Wartawan Nabalu News 5 April 2022

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi komitmen penuh bahawa kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan memberi sokongan bagi tujuan meluluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti). Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datu Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Hj Mohamad Sabu, Setiaussha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Madius Tangau. Pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan satu pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi bagi mendapatkan penjelasan berhubung status pembentangan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan (Anti Lompat Parti) yang dijadualkan pada 11 April ini. Perdana Menteri telah memberi komitmen bahawa tidak ada perubahan kepada notis mesyuarat persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 11 April 2022 seperti yang telah diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen. Sementara itu, Ketua Pembangkang juga telah membangkitkan isu MySejahtera yang dimiliki sebuah syarikat negara asing. “Isu ini perlu diberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat,” katanya.

bottom of page