PH cadang tubuh Jawatankuasa Terpilh Parlimen buat siasatan ke atas Azam BakiPH cadang tubuh Jawatankuasa Terpilh Parlimen buat siasatan ke atas Azam Baki
top of page
  • Farah Salim

PH cadang tubuh Jawatankuasa Terpilh Parlimen buat siasatan ke atas Azam Baki


29 Disember 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar satu pasukan penyiasat bebas merentas parti dan Jawantankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Ahli-Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata siasatan harus dibuat ke atas dakwaan tersebut.


Mereka berpendapat bahawa siasatan tersebut juga perlu merangkumi pendedahan penuh tentang semua aset yang dipegang oleh Azam Baki termasuk yang dimiliki oleh isteri, anak-anak dan saudara-maranya.


Kumpulan itu juga turut meminta agar pendedahan penuh tentang semua aset yang dipegang oleh mana-mana pesuruhjaya (mantan dan semasa) SPRM lain dilakukan untuk memastikan integrity badan itu.


Bagi memudahkan siasatan oleh pihak berkuasa, mereka juga mencadangkan Azam Baki untuk mengambil cuti.


“Kami juga mencadangkan agar tindakan segera dilakukan bagi menangani dakwaan tersebut dan membersihkan nama baik SPRM, sekiranya dakwaan tersebut terbukti tidak benar.


“Selain itu kami juga mencadangkan agar undang-undang, dasar, prosedur operasi standard, dan prosedur semak dan imbang untuk mengukuhkan SPRM,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.


Ujar mereka lagi, ini bagi meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan SPRM di semua peringkat tentang keperluan untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa, secara dalaman dan luaran.


“Pada masa yang sama, sekiranya panel pemantau SPRM terus enggan menyiasat, dan memandangkan penubuhan SPRM sendiri tidak boleh menyiasat ketuanya sendiri, polis harus memulakan siasatan mereka sendiri berdasarkan semua maklumat yang sedia ada dalam domain awam.”


Jelas mereka lagi, tindakan Profesor Dr Terence Gomez untuk meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pendirian yang berinsip sebagai langkah membantah kegagalan Pengerusi Panel Tan Sri Borhan Dolah mengambil tindakan.


“Peletakan jawatan Terence menunjukkan beliau tidak hendak tunduk kepada penubuhan SPRM atau bersekongkol dengan mereka untuk menyembunyikan salah guna kuasa dalam pertubuhan tersebut.


“Apabila panel-panel berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, bagaimanakah kita menyelesaikan masalah itu terutamanya apabila kerajaan tidak bertindak menggantikan ahli-ahli panel pengawasan yang tidak berkesan atau yang telah dikompromi?”


Semalam, #RasuahBusters telah menggesa SPRM untuk tampil dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian bagi meleraikan kekusutan rakyat.


Gesaan itu susulan peletakan jawatan Profesor Dr Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Tags:

bottom of page