PH dan MUDA pastikan suara rakyat diangkat menjelang PRU15
- Wartawan Nabalu News
- Oct 1, 2022
- 1 min read

1 Oktober 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan penyertaan MUDA sebagai parti komponen PH.
Menurut kenyataan bersama PH dan Muda, ini adalah usaha serius antara PH dan MUDA memastikan suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Perbincangan berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat,” kata kenyataan media itu semalam.
Ali Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan - MUDA yang hadir Setiausaha Organisasi Kebangsaan Democratic Action Party (DAP) Steven Sim Chee Kong, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara
(Amanah) Hasbie Muda dan Naib Presiden, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) Datuk Ewon Benedick.
Manakala wakil MUDA pula dihadiri oleh Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Presiden Amira Aisya Abd Aziz, Naib Presiden Zaidel Baharuddin dan Ketua Penerangan Luqman Long.
Comments