top of page

PH perlu beri tumpuan letakkan negara kembali di landasan yang tepat - Saifuddin

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 29, 2024
  • 1 min read

ree

29 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menekankan bahawa Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan khusus kepada beberapa perincian dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat.


"Sewaktu ucapan pembukaan selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya singgung beberapa perincian yang perlu diberi tumpuan khusus oleh rakan-rakan pimpinan.


"Ketika situasi cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat, pendekatan Pakatan Harapan juga perlu lebih dari kebiasaan.


"Insya-Allah muafakat persahabatan ini kita perkukuhkan dan jalan kehadapan bagi menggerakkan agenda rakyat serta naratif penerangan mesti dipertingkatkan," katanya menerusi ciapan akaun X beliau.


Pemukiman Pakatan Harapan 2024 yang berlangsung selama dua hari tersebut melibatkan ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page