top of page

PH sedia runding bawah konsep 'Khemah Besar'

Writer's picture: Ilona AndrewIlona Andrew

23 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menyatakan persediaan untuk berunding dan bekerjasama bersama Kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bawah konsep 'Khemah Besar' berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat.


Majlis Presiden itu berkata, usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah 'Khemah Besar' di kalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021.


Hal ini bagi mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara, tambahnya.


"PH juga akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai Pembangkang

yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.


"Ini sesuai dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa Eksekutif terus dilaksana," kata Majlis itu menerusi satu kenyataan bersama.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.


"Segala persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 juga akan dipergiatkan, termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat."


Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua 105 Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri tempoh hari.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page