PH TERUS PERKUKUH GERAK KERJA DENGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASAPH TERUS PERKUKUH GERAK KERJA DENGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
top of page
  • nabalunews

PH TERUS PERKUKUH GERAK KERJA DENGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA



9 Mei 2021


Hari ini, tiga tahun lalu, dunia telah menyaksikan sejarah terlakar apabila Rakyat Malaysia memilih untuk mengubah Kerajaan secara demokratik di peti undi. Rasa takut dan gentar berubah menjadi satu kegembiraan yang tidak mudah dilupakan.


Namun, tidak sampai dua tahun kemudian, pada ketika gelombang pertama wabak COVID-19 baru menular, para pengkhianat dan golongan oportunis telah bersatu untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” melalui tindakan-tindakan sabotaj dan pengkhianatan.



Hari ini, kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil. Ekonomi negara terus muram dan lesu dengan timbunan hutang, kehilangan pelabur asing, angka pengangguran yang terus meningkat.


Dari segi kesihatan awam kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang siurnya arahan PKP. Akibatnya kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita: kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘Antara Dua Darjat’ berleluasa; SOP caca merba lagi mengelirukan; Darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal.


Rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti Pakatan Harapan itu sendiri semakin kuat secara automatik.


Oleh itu, sempena ulangtahun ke-3 kemenangan Pakatan Harapan, dan bersandarkan Ketetapan Port Dickson yang telah dibuat pimpinan utama, serta memahami keperluan memperkukuh gerak kerja Pakatan Harapan, maka hari ini Majlis Setiausaha mengumumkan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:


Jawatankuasa Pendidikan

YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa

YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai

YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin


Jawatankuasa Kesihatan

YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor

YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching

YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut

YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi


Jawatankuasa Ekonomi

YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara

YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor



Jawatankuasa Keselamatan

YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Senator Liew Chin Tong


Jawatankuasa Gender

YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

YB Chong Eng, ADUN Padang Lalang

YB Senator Aiman Athirah


Jawatankuasa Belia

YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji

Sdr Shazni Munir


Jawatankuasa Kos Sara Hidup

YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat

YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin


Jawatankuasa Perundangan

YB Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang

YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor


Jawatankuasa Mobilisasi

YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB DS Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam



Selain Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan, pengerusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa yang lain akan diumum selepas mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut. Keanggotaan jawatankuasa juga boleh dikembangkan untuk melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang difikir bersesuaian dengan bidang tanggungjawab jawatankuasa tersebut.


Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan bertindak meneliti dan menyediakan dasar-dasar Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, jawatankuasa-jawatankuasa baharu akan diumum dari semasa ke semasa.


Majlis Setiausaha mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik.


Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam Pakatan Harapan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 tatkala pandemik reda kelak.


YB DS Saifuddin Nasution

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)


YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli

Parti Amanah Negara (AMANAH)


YB Anthony Loke

Parti Tindakan Demokratik (DAP)



bottom of page