top of page

Phoong desak Kabinet Muhyiddin letak jawatan dengan segera

  • Nur Syafiqah Abdullah
  • Jul 29, 2021
  • 1 min read

Updated: Aug 5, 2021


ree
Phoong Jin Zhe

29 Julai 2021

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta jemaah menterinya untuk meletak jawatan dengan kadar segera.


Menurut ciapan Facebooknya, Setiausaha Publisity DAPSY itu berkata Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu bukan sahaja gagal dalam menangani krisis Covid-19 yang melanda Malaysia, tetapi turut membelakangi Yang Dipertuan Agong dan rakyat.


"Sebagai wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen atau Adun, kami mengangkat sumpah berikrar untuk mempertahankan dan memelihara Perlembagaan Persekutuan.


"Jelas sekali, kenyataan Istana Negara berkenaan perasaan ‘amat dukacita’ KDYMM Seri Paduka Yang di- Pertuan Agong terhadap Kerajaan PN menunjukkan bahawa Kerajaan pimpinan Muhyiddin telah gagal menunai ikrar ini," katanya.


"Kerajaan PN hilang moral dan kredibiliti terus mentadbir. Kabinet Muhyiddin perlu letak jawatan dengan segera," tegas Phoong.


Hari ini, Istana Negara menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita atas tindakata Kerajaan yang telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang belum diperkenan baginda.


Kenyataan itu turut mengatakan bahawa tindakan itu gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page