Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir, tewaskan Indonesia Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir, tewaskan Indonesia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir, tewaskan Indonesia



2 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


VANTAA: Malaysia mara ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Sudirman selepas berjaya menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2 pada aksi suku akhir awal pagi tadi di Vantaa, Finland.


Kejayaan tersebut menyaksikan Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan tersebut sejak kali terakhir pada tahun 2009 di Guangzhou, China.


Mata pertama negara disumbangkan oleh pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mengulangi kejayaan di Sukan Olimpik Tokyo dengan menumpaskan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-12, 21-15.


Bagaimanapun pada aksi perseorangan wanita, Indonesia kembali menyamai pengutan mata selepas Gregoria Mariska Tunjung menewaskan S Kisona 20-22, 21-18, 19-21.


Malaysia sekali lagi mendahului di depan melalui aksi perseorangan lelaki yang menyaksikan juara All England 2021 Lee Zi Jia menewaskan lawannya Anthony Ginting dengan mudah 21-11, 21-16.


Indonesia kembali menyamai kedudukan menerusi aksi beregu wanita yang menyaksikan gandingan negara Pearly Tan-M.Thinaah tewas kepada pasangan Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu 20-22, 21-17, 18-21 dalam pertarungan 1 jam 30 minit.


Kemenangan negara akhirnya disahkan menerusi aksi beregu campuran yang mana pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See melakar kejutan dengan mengenepikan pasangan nombor empat dunia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16.


Turut melangkah ke saingan separuh akhir ialah Jepun, China dan Korea Selatan.


Jepun mara ke saingan separuh akhir selepas menewaskan Taiwan, 3-1, sementara itu China yang juga juara bertahan tewaskan Denmark, 3-2. manakala Korea Selatan turut mara apabila menundukkan Thailand, 3-2.







photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page