Piala Thomas dan Uber 2020: Malaysia bertemu Denmark malam iniPiala Thomas dan Uber 2020: Malaysia bertemu Denmark malam ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Piala Thomas dan Uber 2020: Malaysia bertemu Denmark malam ini



9 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


DENMARK: Skuad badminton negara akan memulakan perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber 2020 yang akan berlangsung hari ini di Ceres Arena, Aarhus, Denmark.


Malaysia yang akan bertemu Denmark dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan (kumpulan D - China, Denmark dan Canada) bagi Piala Uber pada pukul 7.30 malam ini (waktu Malaysia).


Manakala bagi Piala Thomas pula Malaysia akan memulakan perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 11 Oktober (Isnin) menentang Canada.


Kejohanan Piala Thomas melihat Malaysia akan bersaing dengan Jepun, Canada dan England juga dalam kumpulan D.


Bagaimanapun pasukan England menarik diri dalam kejohanan ekoran kecederaan terhadap beberapa pemain mereka.


Format untuk kejohanan badminton Piala Thomas melibatkan tiga perseorangan lelaki dan dua beregu lelaki untuk lima perlawanan.


Antara senarai pemain yang akan mewakili negara dalam kejohanan Piala Thomas pada edisi kali ini ialah Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Aidil Sholeh, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao untuk wakil perseorangan.


Bagi wakil beregu pula Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei- Nur Izzudin Rumsani, Tee Kai Wun, Man Wei Chong dan Low Hang Yee.


Piala Uber juga melibatkan lima perlawanan iaitu tiga perseorangan wanita dan dua beregu wanita.


Wakil badminton perseorangan wanita negara dalam kejohanan Piala uber pula ialah S. Kisona, Goh Jin Wei, Eoon Qi Xuan, K. Letshanaa, dan Siti Nurshuhaini Azman.


Manakala wakil beregu wanita pula terdiri daripada Lee Meng Yean-Pearly Tan, Yap Ling-Teoh Mei Xing, M. Thinaah dan Go Pei Kee.


Hanya dua kumpulan teratas dalam peringkat kumpulan akan layak untuk ke pusingan kalah mati.



bottom of page