Piala Thomas: Malaysia sahkan tempat ke suku akhir Piala Thomas: Malaysia sahkan tempat ke suku akhir
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Piala Thomas: Malaysia sahkan tempat ke suku akhir


Lee Zii Jia

13 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


DENMARK: Skuad badminton lelaki negara sahkan tempat ke suku akhir Kejohanan Piala Thomas selepas membenam Kanada 5-0 dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan D di Ceres Arena, Aarhas Denmark awal pagi tadi.


Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zi Jia berjaya menepati ramalan untuk menewaskan lawannya Brian Yang 21-18, 21-13 dalam masa 38 minit sekali gus menghadiahkan mata pertama buat negara.


Seterusnya mata kedua negara hadir menerusi perlawanan perseorangan kedua, apabila wakil negara Cheam June Wei berjaya mengalahkan wakil dari Kanada, Jason Anthony Ho-Sue 21-14, 21-14, dalam masa 40 minit.


Gandingan beregu baharu negara, Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga tidak menghadapi masalah untuk menewaskan lawan Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10 dalam masa 25 minit.


Malaysia melengkapkan kemenangan penuh ke atas Kanada, apabila gandingan baharu Aaron Chia-Goh Sze Fei berjaya mengetepikan cabaran Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit.


Kemenangan ini pastinya menyuntik keyakinan skuad negara untuk berhadapan dengan Jepun dalam perlawanan seterusnya peringkat kumpulan D.


Terdahulu England yang diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Malaysia, Jepun dan Kanada terpaksa menarik diri ekoran kecederaan beberapa pemain mereka.

bottom of page