Piala Uber: Malaysia terpaksa akur kehebatan ChinaPiala Uber: Malaysia terpaksa akur kehebatan China
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Piala Uber: Malaysia terpaksa akur kehebatan China


Lee Meng Yean-M Thinaah

11 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


DENMARK: Skuad badminton wanita negara belum mampu menandingi China selepas tewas 0-5 dalam perlawanan kedua Kumpulan D, Piala Uber di Arena Ceres, Aarhus malam tadi.


Pada perlawanan pertama, Eoo Qi Xuan diturunkan sebagai wakil perseorangan wanita negara bersaing bagi merebut mata pertama negara.


Meskipun mempamerkan aksi cemerlang Eoo, 21, terpaksa akur terhadap kehebatan pemain ranking ke-2 dunia Chen Yu Fei apabila tewas 21-13, 21-11.


Gandingan beregu wanita negara, Lee Meng Yean-M Thinaah memulakan perlawanan seterusnya dengan aksi bertenaga untuk menewaskan wakil China Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan 21-12, 21-17.


Seterusnya, China menambah mata ketiga dalam perlawanan seterusnya apabila wakil perseorangan He Bing Jiao, menewaskan wakil perseorangan termuda negara, Siti Nurshuhaini Azman, 17 dengan mudah 21-8, 21-3.


China meneruskan rentak kemenangan apabila wakil beregu kedua negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada gandingan Huang Dong Ping-Jia Yi Fan 21-9, 21-12.


Pada aksi terakhir melibatkan acara perseorangan wanita, meskipun bermula garang wakil negara K. Letshanaa terpaksa akur pengalaman lawan apabila tews kepada wakil China, Wang Zhi Yi 21-15, 21-11.


Skuad negara akan berdepan dengan Kanada pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D pada awal pagi Selasa ini.

bottom of page