Pimpinan Pergerakan Pemuda Negeri harus berani beri teguran
- nabalunews
- Aug 15, 2024
- 1 min read

15 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
TAWAU: Pimpinan Pergerakan Pemuda negeri tanpa mengira parti atau idealogi politik perlu berani memberi teguran, idea serta pandangan membina, kata Setiausaha Sulit kepada Ahli Dewan Negara, Muhammad Faisal Mohamad Mohidin.
Katanya, mereka tidak seharusnya berdiam diri atau ‘playsafe’ sekiranya kepimpinan tertinggi parti masing-masing ‘dihentam’ pihak tertentu.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya semalam sempena Majlis Makan Malam beliau bersama Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah dan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin bersama rombongan kakitangan
Parlimen Malaysia.
Menurutnya, sehingga kini masih ada beberapa kumpulan pemimpin yang bercakap soal percaturan politik dan saling menjatuhkan di antara satu sama lain.
“Perkara ini tidak wajar kerana mereka tahu tanggungjawab yang lebih utama adalah menyediakan perancangan dan perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan ekonomi, menjaga kebajikan dan menjamin kesejahteraan rakyat Sabah keseluruhannya,”katanya.
Sebagai bekas pemimpin belia Sabah, katanya, beliau amat yakin negeri ini mampu mencapai kejayaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, hasil hubungan erat dengan pimpinan kerajaan pusat di bawah Perdana Menteri.
Namun, katanya, negeri perlu lebih agresif dan tegas terhadap pihak-pihak yang lembab dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sehingga akhirnya merugikan wang, masa dan tenaga rakyat yang dahagakan pembangunan.
Comments