PKP TIDAK BOLEH JADI ALASAN UNDI18 TIDAK DILAKSANA TAHUN INIPKP TIDAK BOLEH JADI ALASAN UNDI18 TIDAK DILAKSANA TAHUN INI
top of page
  • nabalunews

PKP TIDAK BOLEH JADI ALASAN UNDI18 TIDAK DILAKSANA TAHUN INI


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

26 Mac 2021


1. Saya ingin menzahirkan rasa kecewa atas pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang perlaksanaan UNDI 18 yang telah ditangguh sehingga 1 September 2022.


2. Alasan yang digunakan untuk menangguhkan UNDI 18 sehingga 14 bulan adalah “perkembangan dan situasi negara masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan persiapan SPR untuk UNDI18” sesungguhnya tidak boleh diterima sama sekali.



3. Sejak 16 Julai 2019 sebaik sahaja Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan, SPR seharusnya sudah mempunyai masa yang cukup untuk persiapan UNDI 18. Pada 3 November 2020, Menteri Datuk Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa penguatkuasaan UNDI 18 adalah selewat-lewatnya pada Julai 2021.


4. PKP tidak boleh menjadi alasan atas sikap culas SPR dalam melaksanakan UNDI 18. Malah, SPR seharusnya berterus terang dan memaklumkan kepada rakyat apakah yang masih menghalang UNDI 18 untuk terus dilaksanakan.


5. Hormati keputusan Dewan Rakyat. Hormati hak orang muda untuk mengundi dan memilih masa hadapan negara. Kerajaan juga perlu suarakan komitmen untuk melaksanakan UNDI 18 selewat-lewatnya pada Julai 2021.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Ahli Parlimen Muar

Presiden MUDA



bottom of page