PKPD DI KG SINSINGON DAN KG LOTONG NABAWAN, BERMULA HARI INI SEHINGGA 12 MAC PKPD DI KG SINSINGON DAN KG LOTONG NABAWAN, BERMULA HARI INI SEHINGGA 12 MAC
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKPD DI KG SINSINGON DAN KG LOTONG NABAWAN, BERMULA HARI INI SEHINGGA 12 MAC



Gambar Hiasan

27 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kg. Lotong Nabawan, dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 12 Mac depan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD di dua lokaliti itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.



“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di dua lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, bermula 27 Februari hingga 12 Mac ini,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, ppeningkatan kes baharu hari ini berpunca daripada Kluster Sinsingon yang dikenal pasti telah menular ke tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Keningau dan Nabawan.


“Daripada kluster itu, Kota Kinabalu mencatatkan 18 kes positif Covid-19, Keningau 38 kes dan Nabawan 65 kes.



“Setakat hari ini, 65 lagi kes positif dikesan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 135 kes.


“Bilangan yang telah disaring ialah 270 orang (72.9%) berbanding jumlah penduduk seramai 370 orang merangkumi 65 kes positif, 69 kes negatif dan 61 kes lagi keputusan belum diketahui,” katanya.


Mengenai bantuan bakul makanan, Masidi berkata, sehingga hari ini sejumlah 244,011 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan dibawah Program Bantuan Prihatin Covid-19



bottom of page