PKPD: PENDUDUK MUKIM SAPULUT TERIMA BANTUAN MAKANAN DAN MINUMANPKPD: PENDUDUK MUKIM SAPULUT TERIMA BANTUAN MAKANAN DAN MINUMAN
top of page
  • nabalunews

PKPD: PENDUDUK MUKIM SAPULUT TERIMA BANTUAN MAKANAN DAN MINUMAN


Arthur menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung.

8 Mac 2021


NABAWAN: Sebanyak 1,400 karton air minuman bersih dan 500 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk kampung yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Sapulut.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, bantuan itu diberikan bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat PKPD.




"Apabila PKPD dilaksanakan, mereka tidak dibenarkan keluar bagi mengelak daripada berlakunya penukaran wabak Covid-19.


"Justeru, melihat kepada keperluan ini, saya mengambil inisiatif mengagihkan sumbangan ini kepada ketua isi rumah yang terlibat. Kita perlu pastikan semua penduduk yang dikuarantin mempunyai bekalan makanan mencukupi," katanya.


Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, lebih 200 keluarga dari tiga buah kampung iaitu Kampung Singsingon, Kampung Panabaan dan Kampung Lotong terlibat dalam PKPD berpagar di mukim itu.




"Manakala beberapa buah kampung lagi yang tidak terlibat dengan PKPD berpagar tetapi kebanyakan penduduk diarahkan untuk kuarantin di rumah. Mereka juga akan dibantu," katanya.


Sehubungan itu beliau merayu kepada semua penduduk khususnya di Parlimen Pensiangan untuk duduk dirumah dalam tempoh dua minggu ini.


"Jangan keluar jika tiada urusan penting, jaga diri, jaga kebersihan dan sentiasa mematuhi SOP," katanya.



Arthur turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Pegawai Daerah Nabawan selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, petugas barisan hadapan yang sentiasa bertugas siang dan malam memantau perkembangan dan memastikan keselamatan serta kesihatan penduduk di sini terjamin.


bottom of page