PKR setuju PRN Sarawak ditangguh jika kes Covid meningkatPKR setuju PRN Sarawak ditangguh jika kes Covid meningkat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKR setuju PRN Sarawak ditangguh jika kes Covid meningkat


13 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ditangguhkan, sekiranya kes harian Covid-19 terus meningkat.


Beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, penangguhan itu perlu dibincangkan dan diteliti kerana ianya melibatkan keselamatan dan kesihatan rakyat.


“Kalau kesihatan membimbangkan, saya bersetuju. Jadi kita nak lihat data dan sainsnya.


“Kita jangan mengulangi kesilapan ketika PRN Melaka, yang mana kerajaan UMNO telah menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, tapi beliau tidak meneliti pembubaran kerajaan Melaka.


“Sekarang kita tengok kesannya, prosedur operasi standard (SOP) yang tidak tentu arah. Tindakan tergopah-gapah kerajaan UMNO Melaka dan TYT sendiri menyebabkan rakyat melaka hadapi masalah,” katanya selepas merasmikan “Program Townhall Undi18: Wacana Pemicuan Undi18 Negeri Selangor”.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media kelmarin mengenai rayuan PKR Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN negeri itu ekoran peningkatan kes positif baharu dan kematian akibat penularan Covid-19 dalam negara.


Kelmarin, sebuah media melaporkan PKR Sarawak telah menghantar rayuan kepada SPR untuk menangguhkan PRN negeri itu ke tahun hadapan, susulan peningkatan kes positif baru dan kematian akibat Covid-19.

bottom of page