top of page

PM Anwar jamin pertahankan penjawat awam bertanggungjawab

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 11, 2024
  • 1 min read

11 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan tekanan daripada puak 'penyakau'.

 

Anwar berkata beliau telah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk memastikan penjawat awam yang bertanggungjawab dan profesional dalam tugas mereka dipertahankan.

 

"Saya akan pertahankan setiap penjawat awam selagi mereka jalankan tugas dengan baik. Saya tidak akan terikut-ikut dengan tekanan puak-puak 'penyakau', jadi saya harap saudara faham itu," kata beliau dalam majlis perhimpunan warga Kementerian Kewangan di sini.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan menyatakan kebimbangannya terhadap laporan-laporan mengenai penjawat awam yang dikenakan tindakan walaupun mereka telah menjalankan tugas dengan baik akibat tekanan daripada pegawai peringkat tertinggi.

 

Anwar menegaskan bahawa keadaan sebegini tidak seharusnya berlaku dan penjawat awam yang bekerja dengan integriti perlu dilindungi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page