top of page

PM Anwar libat urus dengan 31 syarikat dan kapten industri China

  • nabalunews
  • Nov 6, 2024
  • 1 min read
ree

6 November 2024


SHANGHAI: Hari ketiga lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di China padat dengan sesi libat urus bersama 31 syarikat dan kapten industri.


Beliau memulakan harinya dengan Sesi Dialog bersama pelabur China termasuk Chengwei Capital dan NRL Capital, anjuran Khazanah Nasional Bhd.


Selain itu, Datuk Seri Anwar dijadual bermesyuarat bersama beberapa syarikat China dari sektor perbankan, tenaga dan kimia.


Ini melibatkan Bank of China, SinoChem, SICC Co, SEMCORP dan Zhejiang Jiahua Energy Chemical Industry Co.


Beliau juga bakal mengadakan sesi meja bulat dengan 24 kapten industri petang ini sebelum berlepas ke Beijing.


China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.


Jumlah perdagangan dengan China tahun lalu mencatat RM450.84 bilion, menyumbang 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page