PM Anwar seru rakyat Malaysia di luar negara promosikan negaraPM Anwar seru rakyat Malaysia di luar negara promosikan negara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM Anwar seru rakyat Malaysia di luar negara promosikan negara


13 Mac 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


BERLIN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan pentingnya peranan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dalam mempromosikan negara.


Beliau menyatakan bahawa usaha ini penting dengan memperkenalkan dan mengeksport lebih banyak produk kraf tangan Malaysia ke pasaran global.


“Dalam kumpulan kecil, interaksi dengan anak tempatan. Orang Jerman ada potenasi besar dari aspek nilai pelancongan,” kata Anwar. 


“Barang-barang hasil Malaysia dari Sabah, Kelantan, Terengganu dan lain-lain merupakan cara kita memperkenalkan hasil negara kita.”


 “Semua rakyat Malaysia di luar negara adalah duta dan ejen pelancongan. Dengan ini, kita boleh maju kerana Jerman memiliki potensi pasaran yang sangat besar,” katanya semasa majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman pada hari Selasa.


Ini merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jerman.


Pada 2 Mac yang lalu, semasa Ucapan Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, Anwar telah menetapkan bahawa semua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan hanya dibenarkan membeli cenderahati yang merupakan hasil seni daripada pengusaha tempatan.


Menurut data dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi tahun 2022, pendapatan keseluruhan dari kraftangan adalah lebih daripada RM236.1 juta. Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) juga merekodkan ketibaan 9.16 juta pelancong antarabangsa dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2023 dan 14.4 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada suku ketiga tahun yang sama.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page