top of page

PM Anwar Ucap Selamat Menyambut Good Friday Dan Easter Sunday

  • nabalunews
  • Apr 19
  • 1 min read


18 April 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan Easter Sunday kepada semua penganut Kristian yang meraikannya.


Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut mengajak seluruh rakyat untuk menyemai semangat kasih sayang serta saling menghargai dengan menyampaikan ucapan yang bermakna kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini.


“Semoga keharmonian yang kita kecapi terus terpelihara, dan kemajmukan masyarakat kita menjadi kekuatan yang menyatukan,” katanya.


Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini, manakala Easter Sunday akan disambut pada 20 April ini.-BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page