top of page

PM Anwar ucap tahniah kejayaan penganjuran MAHA 2024 - Fahmi

  • nabalunews
  • Sep 25, 2024
  • 1 min read



25 September 2024


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas kejayaan penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, baru-baru ini.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu dizahirkan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet hari ini.


“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah dimulakan dengan ucapan tahniah dan terima kasih oleh Perdana Menteri kepada pasukan KPKM di atas kejayaan pelaksanaan MAHA 2024, yang telah menarik lebih 5.5 juta pengunjung dengan jualan melebihi RM48.5 juta serta nilai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) lebih daripada RM7.2 bilion.


“Ini pencapaian yang sangat-sangat baik,” katanya dalam sidang media hari ini, lapor Bernama.


Selain itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meminta beberapa pavilion rumah negeri yang dibina sekitar pekarangan kawasan MAHA dipertimbangkan untuk dikekalkan.


Fahmi berkata memandangkan Malaysia akan menjadi tuan rumah ASEAN tahun depan, maka pavilion negeri itu boleh menjadi tapak lawatan bagi delegasi yang datang ke negara ini.


“Tapi ini cadangan yang dibangkitkan, untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada pihak KPKM,” katanya sambil menambah Perdana Menteri sangat teruja dengan penganjuran dan juga kehadiran pada program MAHA tahun ini.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page