top of page

PM Anwar Ucap Takziah Kepada Sheikh Al-Azhar

  • nabalunews
  • Nov 15, 2024
  • 1 min read



15 November 2024


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.


"Saya baru saja bertemu Dr Ahmad semasa lawatan ke Mesir. Semoga Allah mengurniakan Syurga Firdaus kepada Allahyarham dan memberikan kesabaran serta ketabahan kepada keluarga Dr Ahmad atas kehilangan itu.


"Doa dan ingatan saya bersama beliau. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini, lapor Bernama.


Menurut laman sesawang Muslim Council of Elders, kakak Dr Ahmad, Samiha Mohammed Ahmad Al-Tayyeb meninggal dunia semalam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page