top of page

PM arah lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara

  • nabalunews
  • Sep 10, 2025
  • 1 min read

10 September 2025


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuatkuasa serta merta.


Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, berkata arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu, bagaimanapun terkecuali bagi mesyuarat berjadual atau perkara yang diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri.


"Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Oktober depan.


"Ia juga sebagai persiapan menuju sidang kemuncak ASEAN, yang akan berlangsung pada hujung Oktober.Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa-kuasa serta-merta," katanya pada sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page