PM dicabar bentang Akta Perhubungan Kaum jika serius dengan ‘Keluarga Malaysia’PM dicabar bentang Akta Perhubungan Kaum jika serius dengan ‘Keluarga Malaysia’
top of page
  • Wartawan Nabalu News

PM dicabar bentang Akta Perhubungan Kaum jika serius dengan ‘Keluarga Malaysia’


10 Nov 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh telah mencabar Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membentangkan Akta Perhubungan Kaum jika beliau benar-benar serius dengan konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan.


Menurut laporan Free Malaysia Today, Yeoh berkata beliau tidak pasti Ismail mampu menyatupadukan semua kaum di negara ini.


“Bajet 2022 adalah berdasarkan kaum, dan tidak selaras dengan pendekatan Keluarga Malaysia perdana menteri.


“Krisis Covid-19 telah menjejaskan semua kaum. Ia sepatutnya merupakan bajet pemulihan dan yang inklusif,” katanya.


Yeoh berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022.


Menurut Ahli Parlimen DAP itu, ramai ahli parlimen pembangkang juga telah membantah bajet yang ‘tidak adil’ itu.


“Ini menunjukkan identiti sebenar beliau. Tiada jumlah penjenamaan semula boleh membantu produk yang tidak baik,” katanya.


Yeoh turut menyatakan bahawa beliau merasa ragu-ragu apabila Ismail Sabri mengumumkan slogan Keluarga Malaysia selepas dilantik sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, beliau berharap perdana menteri itu akan menerima cabaran dan membentangkan Akta Perhubungan Kaum "jika beliau serius dengan pendekatan Keluarga Malaysia”.

bottom of page