top of page

PM doakan Presiden Indonesia segera sembuh, sambung pertemuan dua negara

nabalunews

23 Disember 2024


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto agar segera sembuh supaya kedua-dua pemimpin dapat menyambung pertemuan.


Perdana Menteri berkata, beliau dan Prabowo dijadual mengadakan pertemuan di Langkawi, Kedah hari ini, namun ditangguhkan atas faktor kesihatan Presiden Indonesia itu yang demam.


"Saya dan keluarga sudah (berada) di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini.


"Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam.


"Mendoakan supaya Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekali gus menyambung rencana pertemuan dua negara," katanya menerusi hantaran di Facebook, menurut laporan Berita Harian.


Selain itu, Anwar berkata, beliau juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Khamis ini bagi membincangkan agenda ASEAN demi kesejahteraan di rantau ini.


Anwar sebelum ini melantik Thaksin sebagai anggota kumpulan penasihat tidak formal kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.


Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan negarawan sepertinya untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi ASEAN berkenaan isu serantau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page