top of page

PM kecam tindakan Israel pintas kapal misi kemanusiaan FFC, TMTG

  • nabalunews
  • Oct 8
  • 1 min read

ree

8 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif Israel yang memintas secara tidak sah kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) di perairan antarabangsa.


Anwar berkata, tindakan menahan kapal kemanusiaan yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat.


“Saya dimaklumkan bahawa kapal misi kemanusiaan FFC-TMTG yang turut membawa rakyat Malaysia telah dipintas secara tidak sah di perairan antarabangsa oleh tentera Zionis Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.


“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa ini,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di media sosial rasminya pada Rabu.


Perdana Menteri turut menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi tersebut dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.


“Kerajaan Madani akan terus berusaha sedaya upaya untuk melindungi setiap nyawa anak Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu termasuk berhubung dengan negara-negara rakan dan pertubuhan antarabangsa bagi memudah cara pembebasan mereka dalam kadar segera,” katanya.


Terdahulu, media melaporkan bahawa sembilan buah kapal Conscience yang membawa aktivis misi kemanusiaan FFC dan TMTG telah dipintas oleh tentera Israel.


Perkara itu disahkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), yang memaklumkan bahawa sekatan dilakukan ke atas semua bot berkenaan sekitar pukul 10.50 pagi pada Rabu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page