top of page

PM: Pemimpin perlu jaga akhlak, tidak mengejar kuasa, kekayaan

Wartawan Nabalu News

17 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegeaskan bahawa menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah adalah amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.


Menurut Anwar, sebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi.


Anwar juga mengatakan bahawa beliau telah meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Dr Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin terlalu rakus akan kuasa dan kekayaan, terlibat dalam rasuah, dan berhasad dengki.


Jelas beliau, Konsep Malaysia MADANI, menurut Anwar, diperkenalkan bagi membina sebuah tamadun yang mempunyai nilai dan akhlak tinggi serta menitikberatkan aspek sama rata dalam memimpin sebuah negara dengan rakyat berbilang kaum.


“Walaupun teknologi yang canggih, sistem pendidikan dan kesihatan yang baik diperlukan, tetapi terasnya masih dengan nilai-nilai MADANI,” katanya semasa berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana.


Pada 19 Januari lalu, Anwar memperkenalkan Konsep Malaysia MADANI yang berteraskan enam prinsip iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.


Majlis Ilmu MADANI tersebut dihadiri oleh lebih kurang 250 tetamu dari pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan badan bukan kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia serta Pertubuhan Penggerak Dakwah Putrajaya.



Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page