top of page

PM, Presiden FIFA bincang usaha perkukuh ekosistem bola sepak

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

ree

25 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino sempena kunjungan rasmi pemimpin badan bola sepak dunia itu ke Malaysia, hari ini.


Anwar berkata, pertemuan itu antara lain menumpukan kepada usaha memperkukuh ekosistem bola sepak di Malaysia dan rantau ASEAN.


“Ini termasuk melalui projek FIFA Arena yang bakal menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai bakat tempatan dan peningkatan prasarana bola sepak negara.


“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.


Menurut beliau, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA.


Jelasnya, langkah itu penting bagi melahirkan generasi baharu pemain berbakat, memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page